Wahai jiwa yang tenang......

video




Bagaimanakah akan aku kembali kepadaNya di sana kelak....andai aku tidak pernah kembali kepadaNya di dunia ini...

Bagaimanakah akan ku kenaliMu di sana kelak ya Allah....andai aku tidak mengenaliMu ketika di dunia ini lagi....





Nota: video di atas hanya boleh dimainkan jika page ini dilihat dlm mobile version.

Musafir

Dalam mengharungi perjalanan jauh
ramai dari kita memilih untuk mengqasar dan menjamakkan solat
kerana ia diharuskan dalam Agama dan ia ibarat sedekah daripada Allah swt berdasarkan dalil-dalil berikut:
 
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
 

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

 
(dipetik dari: http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php)
 
Antara syarat-syarat untuk mengqasar dan menjamakkan solat termasuklah hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’ dan jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
 
Namun, jika kita buat perbandingan, keadaan pada masa lampau sudah tentu jauh berbeza berbanding keadaan sekarang.
 
Dulu, kenderaan hanyalah binatang tunggangan seperti unta, kereta kuda dan keldai
Keadaan jalan dan bentuk muka bumi pasti sedikit sebanyak menjadi halangan
cuaca buruk juga mungkin menggangu perjalanan
justeru, untuk menempuh jarak perjalanan sejauh 2 marhalah memerlukan kudrat yang banyak dan tempoh yang agak panjang.

Kini keadaan sudah jauh berbeza,
kenderaan dinaiki sungguh nyaman selesa,
penat lelah kurang terasa kerna disegarkan pendingin udara
duduk pula atas kerusi yang empuk
ditambah selingan melodi lagu-laguan yang membuai rasa
Jalanraya juga diturap cantik dan selesa
Banyak pula kawasan hentian untuk rehat dan menjamu selera
Hujan lebat sekalipun perjalanan masih dapat diteruskan
justeru, untuk menempuh jarak perjalanan sejauh 2 marhalah kini tidaklah sesukar mana
malah dapat diselesaikan dalam masa yang segera

namun kita masih berkira dengan Allah swt..
Keadaan kita makin senang, mudah dan selesa, namun kita masih mengambil sedekah...
tidak salah untuk ambil, tapi ambillah hanya disaat ia sangat-sangat diperlukan
bukankah sedekah itu selayaknya hanya bagi mereka yang miskin dan fakir?
yakni 'miskin' dalam kesusahan menempuh perjalanan bermusafir dan 'fakir' dalam keperluan untuk memudahkan perjalanan bermusafir

Kita pendek dan himpunkan solat konon menjimatkan masa...
namun, ironinya tidak pula kita kurangkan makan minum dalam perjalanan kita..
tidak pula kita pendekkan waktu untuk menjamu selera
ada ketikanya cukup lama kita duduk di meja makan, lebih dari cukup untuk kita tunaikan solat  5 waktu secara biasa. 

Oleh yang demikian, usahlah kita mengira dan berkira akan waktu kita kepada Allah swt..
ambillah pemberian sekadar yang perlu
seimbangkanlah kedua-dua perkara dunia dan akhirat
Ibaratkan dunia di bahu kirimu dan akhirat di bahu kananmu
andai berat di bahu yang kiri melebihi berat di bahu yang kanan...
nescaya sengetlah bahumu dan sendenglah jalanmu...
cerah peluang untuk jatuh tersungkur bila-bila waktu..
begitu jualah keadaan sebaliknya
oleh itu berlaku adillah dalam segala perkara
turutilah apa yang telah disyariatkan
serta janganlah melampaui batas

InsyaAllah

wassalam




Doa


Azazil si Iblis laknatullah yang suatu ketika dahulu menghuni syurga Allah swt akhirnya dilaknat
dan dikeluarkan dari syurga hanya kerana enggan patuh pada SATU syariat Allah swt...

Di manakah pula kedudukan kita yang bukan SATU kali tetapi berulang kali sengaja meninggalkan syariat-syariat-Nya...?


Wahai Tuhanku, Raja sekalian alam...             
Maha suci Engkau dan Maha agung Engkau...
Aku bermohon kepadaMu dengan Kurnia dan RahmatMu...
Kau tetapkanlah daku dan tanggungganku dalam ingatan dan tauhid kepadaMu...

Kau pimpin dan bimbinglah daku dan tanggunganku ke jalan yang Engkau redhai..                                                                                                                                  

Janganlah Engkau jadikan kami cinta akan dunia yang penuh godaan dan kesenangan yang memperdayakan ini..
Tetapi Kau bukakanlah pintu hati kami kepada matlamat ukhrawi yang hakiki..                                                                                                                                

Sesungguhnya Kaulah tuhan tempat bergantung tiap-tiap sesuatu..

Tiadalah daya dan kekuatan kami selain daripada Engkau yang maha Tinggi lagi maha Agung...                                                                                                                                                  

Selamatkanlah kami dalam Agama...
Kurniailah kami tubuh badan yang sihat..                                                                                                                                        

Ajarilah kami ilmu yang bermanfaat..
Berkatilah rezeki kami...                                                                                                                                        

Taubatkanlah kami sebelum mati...


Rahmatilah kami ketika mati...                                                                                                                           

Ampunilah kami sesudah mati..
Permudahkanlah bagi kami menghadapi Sakaratul Maut..                                                                                                                                         

Jauhilah kami dari azab api neraka...


Ringan dan mudahkanlah hisab kami..                                                                                                                                        

Janganlah kau sesatkan kami setelah kami kau beri petunjuk..
Berikanlah kami di dunia kebaikkan dan di akhirat juga kebaikkan..                                                                                                                    

Ampunkanlah kami atas segala dosa-dosa kami...

Dari seluruh maksiat yang kami lakukan...                                                                                                                                                                          

Tidak kira kecil mahupun besar...                                                                                                                                                                                                              

Yang zahir ataupun yang batin..                                                                                                                                                                              

Percakapan ataupun perbuatan...                                                                                                                                                                                

Sembunyi ataupun terang-terangan...
Ya Allah...Tuhan yang maha Pengampun dan Pengasih...



Amin ya Rabbal 'Alamin..

Al-Khalik

Allah swt, andai Dia mengkehendaki seluruh manusia di muka bumi ini memeluk Islam, Dia berkuasa melakukannya...
dan andai seluruh manusia di bumi ini menjadi kafir sekalipun, ia tidak sedikit pun mengurangkan kebesaran dan kekuasaan Allah swt
Andai seseorang itu dipimpin oleh Allah swt, maka tiada siapa jua mampu menyesatkannya
dan andai seseorang itu disesatkan Allah swt, maka tiada siapa jua mampu membimbingnya
Sesungguhnya Allah swt itu maha mengetahui dan maha bijaksana.

wassalam

Syirik

Perkara yang patut kita beri lebih perhatian dewasa ini ialah syirik khafi yakni yang tersembunyi di dalam hati...
Menyengutukan Allah swt tanpa kita sedari...sedangkan kita merasakan sungguh-sungguh telah banyak melaksanakan ibadah pada Allah swt...
Namun ibadah solat yang dilaksanakan tidak lebih dari memperoleh celaka semata-mata....bangunnya di tengah malam untuk bermunajat pada Allah swt hanya memperoleh penat dan lelah...puasanya juga tidak bermanfaat selain hanya  mendatangkan rasa lapar dan dahaga....dosanya sungguh-sungguh tidak terhitung...

Rawatilah syirik khafi dengan nafi dan isbat, ubatilah syirik khafi dengan tauhid...
tauhid itu pintunya terkunci dengan nafi dan isbat...
tauhid itu di hadapannya tersergam pintu gerbang makrifatullah
tauhid itu perintah pertama Allah swt sebelum perintah yang lain-lain...
tauhid sudah barulah diperintahkan solat, puasa, zakat dan haji....
tanpa tauhid, solat, puasa, zakat, haji mahupun kebaikkan sebesar gunung sekalipun menjadi kosong dan hampa...
kosong dan hampa yang kemudian menjadi dosa yang tidak terampun...
tiap-tiap sesuatu itu dijadikan Allah berpasang-pasangan...
syirik lawannya tauhid...
andai belum tauhid maka kita masih di dalam syirik

mohonlah kepada Allah swt agar dikurniakan bimbingan dan pimpinan-Nya dan semoga kita dikeluarkan dari belenggu syirik...
dan memperoleh redha-Nya.....

" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai....."

...sesungguhnya manusia itu melampaui batas...kerana merasakan diri mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa(self sufficient)..walhal Allah swt itu tempat semua makhluk bergantung....


wassalam

Ibadah

Ibadah adalah amalan yang diperintahkan Allah swt kepada semua jin dan manusia.
Jin dan manusia bertanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah swt yakni buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
perlaksanaan Ibadah meliputi qalbi (hati), qawli (lafaz) dan fiqli (perbuatan).
Qalbi merujuk kepada pekerjaan rohani yakni yang tersembunyi...
Qawli dan fiqli merujuk kepada pekerjaan jasad yakni yang zahir...
ada ibadah meliputi ketiga-tiga bahagian qalbi, qawli dan fiqli...seperti solat..
ada juga ibadah yang hanya meliputi qalbi dan qawli..seperti zikir jihar (zikir dengan lafaz)...
ada juga ibadah yang hanya meliputi qalbi seperti zikir khafi (zikir dalam hati)...
Ringkasnya menghadirkan hati yakni tertib qalbi yang sentiasa ingat kepada Allah swt adalah satu kemestian dalam ibadah...
tanpa tertib qalbi...ibadah tiada nilai..
ibadah tidak bererti jika hati lalai daripada mengingati Allah swt..
 ...celakalah keatas mereka yang bersolat, tetapi hatinya lalai daripada mengingati Allah swt..(Maksud surah Al-Ma'un ayat 4-5)

Maksud surah Adz-Dzariyat; ayat 56:
Tidak dijadikan jin dan manusia itu selain untuk mengabdikan diri(beribadah) kepada Allah swt

Kesimpulan secara umumnya, setiap jin dan manusia dijadikan/dihidupkan semata-mata untuk mengabdi kepada Allah swt.
Maka dalam setiap saat, dalam turun dan naik nafas, jin dan manusia mestilah sentiasa dalam keadaan beribadah kepada-Nya.
jika tidak, sesungguhnya kita telah mengengkari perintah Allah swt....
andai tidak dijanjikan ganjaran/balasan sekalipun, perintah Allah swt tetap perlu kita laksanakan...
Namun begitu, tanggungjawab melaksanakan perintah Allah swt terdapat pengecualian bagi mereka yang tidak cukup syarat-syarat tertentu seperti tidak sempurna akal dsb...
kerana Allah swt itu maha adil dan maha pengasih...
Allah swt tidak membebani makhluk-Nya akan apa yang tidak tertanggung oleh mereka...

Perintah dan larangan Allah swt termaktub dalam sumber rujukan yakni Al Quran dan Al Hadis.
Ibadah yang diperintahkan boleh dibahagikan kepada khusus dan umum.
Ibadah khusus adalah umpamanya perintah Allah swt dalam rukun Islam, seperti solat, puasa, zakat, haji...yakni terdapat kaedah yang ditetapkan dalam mengamalkannya yang meliputi waktu-waktu, rukun serta syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Ibadah umum pula adalah segala ibadah yang bukan khusus merangkumi segala perbuatan baik yang bersandarkan matlamat dan cara yang digariskan dalam syarak.
Setiap ibadah, mestilah dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah swt semata-mata.

Perintah Allah swt secara umum digariskan dalam 3 perkara pokok iaitu:
1. Islam
2. Iman
3. Ihsan

ISLAM - dinyatakan dalam rukun 5 perkara iaitu:
1. Syahadah- bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah
2. Solat 5 waktu sehari semalam
3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan haji di Baitullah (sekiranya berkemampuan)

IMAN- dinyatakan dalam rukun 6 perkara iaitu:
1. Percaya kepada Allah swt
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Kitab-Kitab
4. Percaya kepada Rasul-Rasul
5. Percaya kepada hari kiamat/akhirat
6. Percaya kepada qadar

IHSAN - adalah maqam atau tingkatan mengamalkan perintah Allah swt (ibadah) dalam keadaan seolah-olah kita melihat Allah swt, dan jika tidak merasakan melihat Allah swt, maka sesungguhnya Allah melihat kita.

Dalam melaksanakan ibadah, qalbi mestilah sentiasa tertib yakni sentiasa mengingati Allah swt(zikrullah).
Tuntutan ini sesuai dengan perintah Allah swt seperti maksud surah Al Ahzab ; ayat 41:
...Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingat yang sebanyak-banyaknya
dan maksud surah Thahaa; ayat 14:...dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku...
dan juga pada peringatan Allah swt dalam surah Al Maaun; ayat 4-5: ...dan celakalah orang-orang yang bersolat. Mereka yang lalai(daripada mengingati Allah) dalam solatnya.....

ibadah-ibadah seperti ibadah khusus ditetapkan waktunya:
Solat 5 waktu...ditetapkan waktunya dalam sehari semalam..
Puasa... ditetapkan sebulan pada bulan Ramadhan
Zakat....apabila cukup syarat..
haji...sekali seumur hidup jika berkemampuan, pada bulan haji...

Namun.....zikrullah tidak ditetapkan waktunya, bahkan diperintahkan Allah swt agar diperbuat sebanyak-banyaknya...
dan perbandingan orang-orang yang berzikrullah dengan yang tidak berzikrullah adalah umpama orang yang hidup dengan orang mati...

Maka, zikrullah adalah satu kemestian dalam setiap perbuatan kita...ringkasnya ia adalah satu kemestian dalam setiap turun dan naik nafas kita...
barulah solat kita, puasa kita, zakat, haji, dan segala amal kebajikan kita menjadi ibadah....
barulah pekerjaan seharian kita menjadi ibadah...
barulah gerak mahupun diam kita menjadi ibadah..
barulah hidup kita mula menuju pengabdian diri kepada Allah swt...
lantas zikrullah dengan kehendak Allah swt seterusnya akan menghindarkan kita daripada kemungkaran...
seperti firman Allah swt.... solat itu mencegah perkara keji dan mungkar...dan dirikanlah solat untuk mengingati Allah swt..
ingatlah kepada Allah swt...insyaAllah dengan kehendak-Nya kita dihindarkan daripada kemungkaran...
dan semoga dengan ingatan yang berkekalan tersebut ..atas kehendak Allah swt...dibukakan pintu tauhid dan seterusnya diberi kurnia dan rahmat mengenal akan Allah swt...

Disebalik itu, amal kebaikkan orang-orang kafir, sungguhpun menggunung banyaknya, tidak sedikitpun bernilai di sisi Allah swt..dan bagi orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir, maka disediakan azab yang tidak terperi sakitnya....

secara kesimpulan umum, ibadah adalah amal perbuatan yang dilaksanakan oleh seorang Islam dan beriman menurut perintah Allah swt dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dalam keadaan hati yang sentiasa ingat kepada Allah swt dan ikhlas kerana Dia semata-mata.

Wallahu'alam

wassalam

Mengekalkan Diri Dalam Ibadah

Allah swt tidak menjadikan Jin dan Manusia selain untuk beribadah kepada-Nya..
Maka sepanjang hayat dan setiap saat, setiap Jin dan Manusia itu bertanggungjawab mengekalkan diri dalam Ibadah kepada Allah swt..

Solatnya menjadi Ibadah...
Puasanya menjadi Ibadah...
Zakatnya menjadi Ibadah..
Hajinya menjadi Ibadah...
dan setiap amal perbuatannya menjadi Ibadah...

Solat yang lalai bukan setakat tidak menjadi ibadah...bahkan dilaknat Allah swt...
Solat diperintahkan Allah swt untuk kita Ingat kepada-Nya...
Begitu juga halnya bagi setiap ibadah khusus mahupun umum....

Ingatlah Allah swt dalam segala hal...
Ingatlah Allah swt dalam segala amal perbuatan...
dan dengan mengingati Allah...serta atas kehendak-Nya...akan terhindarlah perbuatan keji dan mungkar...
Sia-sialah amal perbuatan yang dilaksana dalam keadaan lupa pada Allah swt..

Allah swt menyuruh kita agar Ingat kepada-Nya ketika berdiri, duduk dan berbaring...
Allah swt menyuruh kita agar Ingat kepada-Nya di dalam dan di luar solat...
Allah swt menyuruh kita agar Ingat kepada-Nya kerana mengingati Allah swt itu lebih besar..
Allah swt menyuruh kita agar Ingat kepada-Nya sebanyak-banyaknya...

Ingatlah Allah swt setiap masa..setiap turun dan naik nafas..
InsyaAllah dengan kehendak-Nya, dikekalkan kita dalam Ibadah...
Kerana setiap saat dalam hidup kita di dunia ini tidak akan terlepas daripada disoal di akhirat kelak...

Mohonlah petunjuk, pertolongan, pimpinan dan bimbingan Allah swt...
InsyaAllah..


Wassalam

Janganlah Bersandar Kepada Amal

Sungguh....
kita selalu tidak mempunyai perasaan malu mengaku sesuatu yang bukan haq kita...
Kerana setiap daya dan kekuatan hatta untuk beribadah, hakikatnya dari Allah swt jua..
Bahkan rohani yang mengingat Allah swt itu jua rahmat dari-Nya...bukan atas qudrat kita...
rohani itu juga merupakan urusan Allah swt...


...Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja... (maksud surah Al-Isra' ayat 85)

Oleh yg demikian, janganlah bergantung kepada amal...tetapi bergantunglah kepada Allah...agar dihindarkan Allah dari ria', ujub dan takbur...
kerana Allah swt tempat semuanya bergantung..
Setiap perintah amal ibadah serta larangan-Nya tetap perlu kita taati...
Rasulullah saw sendiri yang ketika hidupnya sudah dijamin syurga oleh Allah swt namun baginda tetap patuh dan istiqamah menunaikan perintah Allah swt...
Bagaimana pula keadaannya bagi kita yang lemah, jahil dan hina... ?
Andai ganjaran pahala, syurga, keistimewaan dan kedudukan yang dikejar Rasulullah saw, nescaya baginda sudah mengurangkan amal ibadahnya pada saat baginda mengetahui bahawa Allah swt telah menjamin tempatnya di syurga....
Namun baginda tetap tekun dan tidak sedikitpun mengurangi ibadahnya..
Nyatalah, sesungguhnya bukan ganjaran pahala, syurga, keistimewaan dan kedudukan yang menjadi matlamat Rasulullah saw dalam beribadah....
Maka, janganlah kita tersilap langkah bermatlamatkan ganjaran dalam beribadah...
ikhlaskanlah ibadah kita dalam penyaksian tauhid akan Alllah swt...
Bukan amal yang memasukkan seseorang ke syurga Allah...
Tetapi masuknya seseorang ke syurga Allah swt adalah dengan rahmat-Nya jua...
bukahkah Allah swt itu maha adil dan maha mengetahui?
tetapkanlah keyakinan kita...

wassalam

Ikhlas

Carilah ikhlas....
untuk ikhlas perlu tauhid....
untuk tauhid perlu nafi dan isbat...
untuk nafi dan isbat perlu tahu jasad dan roh dan perkaitannya...
selepas tahu roh...tahulah sifat....
setelah tahu sifat tiadalah ia mampu berdiri sendiri tanpa zat...
di akhirnya yang kekal hanya Zat Allah swt... yang lain hancur lebur dan binasa...
yang tiada sesuatu setara-Nya...
yang setiap sesuatu bergantung kepada-Nya..
yang setiap sesuatu berkehendak kepada-Nya..
maka siapa yang menyembah dan siapa yang disembah ?
kudrat siapa yang menyembah? dan tidak berkudratkah yang disembah?
ada dua kudrat kah?
dua itu bukan satu...
dua itu bukah wahdaniyah..
dua itu bukan esa...
dua itu belum tauhid.....
belum tauhid itu syirik...
syirik yang khafi...
syirik dosa tak terampun...
syirik dosa tak terhitung...
amal ibadah menggunung ibarat debu diterbang angin...
ibarat keldai pengirah gandum yang berpusing...
yang merasakan perjalanannya sudah amat jauh..
jauh beribu batu...
namun rupa-rupanya akhir perjalanannya adalah tempat dimana ia bermula...
rupa-rupanya ia tidak ke mana-mana....
ia masih di situ...
masih di tempat asalnya....
sia-sialah perbuatannya...
sia-sia yang membawa celaka..
yang tidak pernah disedarinya..
hinggalah jasad berpisah dari nyawa...
Surah Al Kahfi: Ayat 110

[Ayat : 110] Say (O Muhammad): ?I am but a mortal like yourselves. It is revealed to me that your Lord is the One God. Therefore, let him that hopes to meet his Lord do what is right and let him not ascribe to anyone or anything a share in the worship due to his Lord.

..dan janganlah kamu menyengutukan Allah swt dalam beribadah..

wassalam

Kini...Kepada-Mu Aku Kembali

Al Quran, Surah As-Sajdah: Ayat 9

And then He fashioned him in due proportion, and breathed into him of His spirit which he had created; and then He endows you with hearing, sight, and feelings (as well as reason), (so that you will be grateful): yet seldom are you thankful.

...Allah tiupkan Roh-Nya........lalu jasadku yang kaku boleh melihat...

Namun, aku kerap kali terlepas pandang...
Kerana sungguhpun aku boleh memandang....
Aku tidak pernah memandang ke dalam diri...
Kerana terhijab oleh diriku sendiri....

Aku mengembara mencari-Mu ya Allah....
Di seluruh pelosok hutan rimba.....
Di timbunan gunung ganang tinggi mengawan..
Di lembah jurang yang dalam....
Di dasar lautan luas...
Di puncak desir angin..
Di sebalik awan gemawan...
Di segenap penjuru langit yang biru...
Di kejauhan saujana mata memandang...
Aku turutkan sahaja kemana arah mataku memandang...
Di kiri..kanan..depan...belakang....
Di kesetiap penjuru yang enam...

Namun tidak sekali aku mencari dan memandang ,dari mana arah datangnya pandangan....

...."wahuwa ma'akum, ainama kuntum"....

.....Allah swt beserta kamu, dimana sahaja kamu berada....


Surah Al Haadid:
[Ayat : 4] He created the heavens and the earth in six periods and then is firmly established on the Throne of His Almightiness. He knows all that goes into the earth and all that emerges from it, all that comes down from heaven and all that ascends to it. And He is with you wherever you are. And Allah sees well all that you do.

dan...

Surah Qaaf:
[Ayat : 16] And indeed!, We have created man, and We know the promptings of his soul, and We (by Our Knowledge) are closer to him than his jugular vein,

Aku terlupa untuk memandang ke dalam diriku sendiri...
Aku terlupa memandang ke arah dari mana datangnya pandangan...
Aku terlupa memandang siapa yang sebenarnya memandang...
Aku terlupa memandang hakikat di sebalik yang memandang...
Rupa-rupanya Allah swt beserta aku, dimana sahaja aku berada...
dan rupa-rupanya Allah swt itu lebih hampir daripada urat yang ada di leherku sendiri...

Lantas aku Nafikan kudrat diri...
Sejurus itu jua ku Isbatkan Kau wahai Ilahi..
Kerana Kau tuhan yang maha Esa....
Tiada sekutu dalam segala-galanya...
Tiada sesuatu pun yang setara...
Apatah lagi diriku yang jahil, lemah dan hina...
Demikian, lalu aku tenggelam....
Hancur lebur dalam kewujudan-Mu wahai yang Hakiki....
"Tiada daya dan kekuatan selain dari-Mu ya Ilahi...
Kini.... kepada-Mu aku kembali...


Wassalam

Ayat Pertama Surah Al-'Alaq : Untuk Renungan


Surah Al-'Alaq:

[Ayat : 1]
Read! (O Muhammad) in the name of your Lord, Who has created (all that exists),

Demikianlah ayat pertama daripada 5 ayat pertama surah Al -'Alaq yang diwahyukan Allah swt kepada Rasulullah saw di gua Hira'

Umum, dari sudut bahasa, Iqra' diterjemah sebagai "bacalah"

Allah swt beri kita pendengaran, penglihatan dan hati (untuk berfikir) namun sedikit sekali kita bersyukur...

Persoalan dan pernyataan untuk kita renung:

1. Kenapa antara ribuan ayat Al Quran, ayat ini yang pertama diturunkan Allah swt?
2. Apakah yang Allah swt perintah rasulullah saw baca ketika itu ?
3. Perintah Allah swt adalah sesuatu yang tidak boleh tidak, perlu dilaksana bermula dari waktu perintah disampaikan
4. Pada ketika itu belum ada Al Quran bertulis.
5. Pada ketika itu Al Quran belum turun sepenuhnya, baru ayat 1-5 surah Al 'Alaq.
6. Perbuatan membaca adalah melihat dan menuturkan (di lidah/di hati) tulisan yang tertulis.
7. Apakah Jibril as ketika itu membawa sesuatu yang bertulis untuk rasulullah saw baca?
8. Kenapa Allah swt perintahkan rasulullah saw untuk baca, sedangkan baginda seorang yg ummi, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis ?


Oleh yg demikian, apakah hakikat sebenar Iqra' ?
Apakah yang tersirat di sebalik yang tersurat ?

Kita mohonlah petunjuk dan kefahaman dari Allah swt:

[Ayat : 5] He has taught man what he did not know.
Allah swt mengajarkan manusia apa yg tidak diketahuinya...

InsyaAllah

Wassalam

Menghindar Ria', Ujub dan Takbur


Sedikit tambahan...untuk lebih jelas bagi kita tentang mengamalkan tauhid...
andai kita terasa riak dalam melaksanakan ibadah..
maka bertanyalah kepada diri...
dengan kudrat milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan iradat milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan ilmu milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan hidup milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan pendengaran milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan penglihatan milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan kalam milik siapakah dapat aku beramal ibadah?
dengan rahmat siapakah dapat aku beramal ibadah?
Milik kitakah?
kudrat kitakah?
iradat kitakah?
ilmu kita kah?
hidup kitakah?
pendengaran kitakah?
penglihatan kitakah?
kalam kitakah?
rahmat kitakah?
milik jasad kah?
kudrat jasad kah?
iradat jasad kah?
ilmu jasad kah?
hidup jasad kah?
pendengaran jasad kah?
penglihatan jasad kah?
kalam jasad kah?
rahmat jasad kah?

nescaya jawapan yang akan kita peroleh tiadalah milik sesiapa selain milik Allah swt semata-mata...bukan milik kita.....bukan milik jasad...
andai kita renung jauh sedikit lagi, akan kita dapati itulah juga pekerjaan roh...namun siapakah hakikat roh?

Firman Allah swt dalam surah Al Israak ; ayat 85
....sesungguhnya roh itu termasuk dari urusan tuhanku.....
dan...
maksud surah As-Sajdah; ayat 9
...Allah jadikan manusia daripada tanah liat, lalu Allah tiupkan Roh ke dalam jasad itu lalu jasad itu boleh mendengar, melihat dan diberi hati untuk berfikir, Namun sedikit sekali manusia bersyukur

justeru, kenapa kita bertindak kurang adab dan tidak segan silu mengaku sesuatu yang bukan milik kita?
..tiada daya dan kekuatan selain dari Allah yang maha tinggi dan maha agung
...daya dan kekuatan hanya dari dan beserta Allah swt...
dengan rahmat Allah jualah dapat kita beribadah...dengan kekuasaan-Nya jualah dapat kita beribadah..
andai tidak dikehendaki Allah, walaupun kita telah bersiap sedia untuk berbuat kebaikkan...nescaya kita tidak akan dapat melakukannya...

maksud surah Al Insaan; ayat 29-30
...andai seseorang telah bersiap sedia untuk menempuh jalan menuju Allah swt. Namun, dia tidak akan dapat menunaikan apa dihajatinya kecuali dengan kehendak Allah swt jua...

dalam hidup kita, dalam kita beramal ibadah,tiada sedikitpun datang dari keupayaan diri kita sendiri...maka bagaimana pula kita boleh mengaku amal ibadah itu sebagai perbuatan kita dan milik kita?
Oleh yang demikian "pulang"kanlah kepada yang Haq.
menyerahlah pada yang Haq
Nescaya akan 'hilang' dirimu tenggelam dalam kekuasaan Allah swt...
InsyaAllah di sana kelak...tiada istilah riak, ujub dan takbur singgah di hatimu...
yang ada hanya Ikhlas....
seperti maksud surah Al Ikhlaas; ayat 1-4
..katakanlah Allah itu Esa...
Allah tempat semua bergantung...
tidak beranak dan tidak diperanakkan..
dan tiada sesuatupun yang setara dengan-Nya...
marilah kita renung dan fahami maksud surah al Ikhlaas ini...dan menyerah lah kepada Allah swt...kita pohonlah kepadanya agar Dia memimpin kita menjadi seperti mana yang dikehendaki-Nya ke atas hamba-hamba-Nya yang soleh dan solehah.

InsyaAllah...

wassalam

Bersedialah Setiap Saat

Tahukah kita bilakah saat kita akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya ....?

Oleh yang demikian, bersedialah setiap saat
Dengan hati yang sentiasa INGAT dan TAUHID akan Allah swt
InsyaAllah, Dia tidak akan mematikan kita dalam keadaan LUPA dan SYIRIK pada-Nya



Renungkanlah..

Wassalam

Apa Beza Antara Nafas Orang Mukmin dan Nafas Orang Kafir?

Apa beza antara nafas seorang mukmin dengan nafas seorang kafir?
pada zahirnya tiada beza...
namun bezanya pada yang tersembunyi jelas ketara...

setiap turun dan naik nafas seorang mukmin itu hatinya sentiasa ingat kepada Allah swt...
hatinya, lidahnya dan seluruh anggota badannya sentiasa mentauhidkan Allah swt...

Tauhid itu diserta ingat..
tetapi ingat itu belum tentu beserta tauhid.
Zikir lafaz adalah latihan mencapai hati yang ingat..
dan ingat itu adalah wasilah mencapai faham tauhid...
Namun bagi tauhid...
Guru tidak lebih sekadar menunjuk cara
Hanya Allah swt yang dapat memberi faham dan rasa...
kerana rasa itu tidak terungkap dengan kata-kata..

berbeza bagi seorang kafir...
setiap turun dan naik nafasnya..
tiada langsung ingat kepada Allah swt
apatah lagi mentauhid dan mengenal-Nya...

Tiadalah lain cara untuk kembali ....
selain bermuhasabah diri...
merenung perihal antara Allah swt dan diri sendiri...
memperbetulkan semula adab dan penyerahan diri...
agar dapat mengenal dan mentauhidkan Allah swt di keseluruhan rohani dan jasmani...
Kerana rohani itulah hakikat yang menanggung perintah Ilahi..
Bukan jasad yang kaku dan mati ini...

Tarik nafas perlahan-lahan....
Adakah hati kita ingat pada Allah swt?
Hembus nafas perlahan-lahan....
Adakah hati kita ingat pada Allah swt?
sekarang tanyalah pada hati...
dalam golongan yang mana satukah kita kini...?
seorang MUKMIN kah? atau seorang KAFIR kah?
kerana Islam itu tidak sempurna setakat pengakuan dan pengetahuan...
Islam itu perlu disertai AMALAN...
Ilmu tanpa amal itu hampa..
amal tanpa ilmu itu sesat dan buta...

Janganlah Islam kita hanya pada nama.
Jangahlah Islam kita sekadar pada lafaz.
Janganlah Islam kita sekadar perbuatan.
Janganlah Islam kita sekadar taklid dan ikut-ikutan.....
Jadilah Islam zahir dan batin
Islam sepenuhnya pada hati, lafaz & perbuatan keseluruhannya..
Islam pada Jasad dan Roh
Islam pada nama dan sifat
Betulkan kembali penyerahan kita pada Allah swt...
ISLAM itu maknanya tunduk, patuh & menyerah
Berilmu & beramallah dengan sepenuh keikhlasan



Al Quran; Surah Al- 'Alaq : Ayat 6-8
[Ayat : 6]Truly, man transgresses all bounds (beyond what they are permitted to do)
Ayat : 7]Because he considers himself selfsufficient.
[Ayat : 8]Remember) surely to your Lord is the return (for recompense)....


manusia melampaui batas...kerana merasakan diri mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa..walhal Allah swt itu tempat semua makhluk bergantung.
Maka 'KEMBALI' lah pada Allah swt. KEMBALI lah pada Allah ketika kita masih hidup di dunia ini AGAR kembali kita kepada Allah swt selepas mati itu menjadi KEMBALI yang REDHA dan DIREDHAI.
Kembalilah...dan berzikrullah (ingat kepada Allah swt)....

Al Quran: Surah Al Ahzab; Ayat 41

[Ayat : 41]41. O Believers! (In order to thank Allah) remember Him and mention His Name as much as possible
...Wahai orang-orang yang beriman, INGATlah Allah dengan ingat yang sebanyak-banyaknya..

Al Quran: Surah Ali 'Imran; Ayat 191

[Ayat : 191] (That is) those who remember Allah while standing, sitting and lying down, and reflect on the creation of the heavens and the earth, (saying): ?Our Lord! Surely, You have not created all these in vain. Glory be to You! Save us from the chastisement of the Fire.
...ingatlah Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring

Al Quran, Surah Tha Haa; Ayat 14
[Ayat : 14]Truly I am Allah. There is no god but Me. Serve Me, and establish your prayers for My remembrance.....Dirikanlah solat untuk MENGINGATIKU

Al Quran, Surah An Nisaa'; ayat 103
[Ayat : 103] When you have finished your prayers, remember Allah while standing, sitting and lying down. And when you are once again in safety, observe your prayers properly: for prayer is a duty incumbent on the faithful, to be conducted at appointed hours
....selepas solat, ingatlah Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring....


Al Quran, Surah Al Ankabut; ayat: 45
[Ayat : 45] Recite and follow (O Muhammad) what has been revealed to you of the Qur?an, and be steadfast in prayer (with constancy). Prayer fends away indecency and evil. But the greatest thing is to remember Allah (in terms of its benefit and effects). And Allah knows what you do.
...Solat itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar. Namun MENGINGATI ALLAH ITU ADALAH LEBIH BESAR...


Apa yang diperintahkah oleh Allah swt adalah:
Ingatlah Allah swt sebanyak-banyaknya, ingatlah Allah dalam solat, luar solat, ketika berdiri, duduk dan berbaring.....
KESIMPULANNNYA.....INGATLAH ALLAH SWT SENTIASA !!!

SEDARLAH bahawa firman-firman Allah swt di atas adalah suatu PERINTAH...
maka apa ADAB kita atas perintah Allah swt?
Laksanakan dengan ikhlas?
Ikut suka nak laksana atau tidak?
Buat masa susah, lupa masa senang?
Pilihan di tangan masing-masing...
Fikir dan renunglah...Allah swt berikan hati..
gunakanlah sebaik-baiknya...
Persiapkan diri dan sediakan bekalan untuk hidup selepas mati..
mati itu tidak mengira umur dan waktu..

Al Quran; Surah As Sajdah; Ayat 9

[Ayat : 9] And then He fashioned him in due proportion, and breathed into him of His spirit which he had created; and then He endows you with hearing, sight, and feelings (as well as reason), (so that you will be grateful): yet seldom are you thankful.
...Allah swt beri kamu pendengaran, penglihatan dan perasaan (hati)....NAMUN sedikit sekali kamu bersyukur...

Al Quran, Surah Al Mulk; ayat: 23
[Ayat : 23] Say (O Muhammad): It is Allah Who has created you (from nothing to being) and given you the senses of hearing, seeing and also the hearts (for you to be grateful, yet) you give little thanks.?
...Allah yang menjadikan kamu dan memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati...NAMUN sedikit sekali kamu bersyukur?
marilah kita renungkan bersama-sama...

Wassalam

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa

Hadith Nabi SAW :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له


Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"


Berbaktilah kita kepada kedua ibu bapa.
Tidak kiralah semasa hayat mereka atau selepas mereka meninggal dunia.
Kerana pengorbanan kedua ibu bapa itu tidak mungkin dapat dibalas dengan apa jua.
Maka berbudilah kita dengan ikhlas dan istiqamah

Terlalu besar pengorbanan kasih sayang Emak membesar, mendidik dan menguruskan kehidup an seharian kita sejak dari lahir hingglah dewasa....untuk kita balas..

Betapa hebat pengorbanan Ayah mencari rezeki menanggung keluarga dan menyiapkan bekalan kita untuk dunia dan akhirat...tidak dapat kita ungkapkan dengan kata-kata...

Namun, hati kita buta....Bukan balasan material yang kedua ibu bapa kita pinta...bukan juga kemewahan dunia...

Al Quran, Surah Muhammad; ayat: 36

[Ayat : 36]36. (Remember) the life of this world (which is not based on faith in and Godconsciousness) is but a sport and a pastime; but if you believe in Allah and remain God-conscious, He will reward you and will not ask for your wealth, (except to grant you something which is better than what you possess).
....Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau...

Al Quran, Surah Al Haadid; ayat: 20

[Ayat : 20]. Know that (what is called as) the life of this world is but a sport and pastime (which may make you heedless), a show (which lessens) and an empty vaunt (of greater wealth, might and blood ties), a rivalry in a quest for greater riches and more children. (The time for all this is limited) like rain (which causes plants to grow luxuriantly), which make the tillers rejoice in it, but then it whithers and turns yellow soon becoming worthless stubble. And (it should be made known) in the life to come is a woeful punishment (for those who gave preference to worldly life) and (there will be) forgiveness from Allah and His pleasure (for those who gave preference to the Hereafter). And (remember that) the life of this world is an enjoyment of self-delusion.
.....kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau....kehidupan dunia hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya...

Al Quran; Surah Al Ankabut, ayat: 64

[Ayat : 64]. And (remember that) the life of this world (with all the comfort and luxurious living, when compared to the life of eternity in the Hereafter) is nothing but an amusement and a sport! It is the Abode in the Hereafter that is the true life; if they but knew (this reality they would surely remember and do not be forgetful of the Hereafter).
....kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau....


Kehidupan sebenar yang patut kita buat persiapan adalah kehidupan yang kekal abadi..iaitu kehidupan selepas mati. Maka gunakanlah dunia sebagai medan persiapan kita menghadapi kemudian hari di sana.

Sedari dengan hakikat ini....maka...
Besarlah harapan kedua ibu bapa mengharapkan agar anak-anak menjadi orang yang berguna...

Taat pada Allah, rasul dan kedua ibu bapa
Mempersiapkan diri untuk kehidupan di alam baqa'

Ketika hidupnya, si ibu menyiapkan makanan dan minuman untuk kita...
Sarapan pagi....makan tengahari....minum petang...makan malam....minum lewat malam...
5 kali sehari tanpa kenal penat lelah...jauh sekali mengeluh kesah...
Namun, begitu sukarkah untuk kita balas dengan 5 kali sehari setiap lepas solat 5 waktu untuknya surah Al Fatihah, Al Ikhlas dan zikrullah ? terlalu beratkah ? tiada masakah? sibuk sangatkah? ......Hadiahkanlah sumbangan rohani buatnya tidak kira sama ada emak kita masih hidup atau sudah tiada, kerana kekuasaan Allah swt itu tidak terbatas oleh sesuatu, tempat, jarak atau masa...."Tak sangkut perahu dek bayang, tak tampan peluru dek lalang"...Doa anak yang soleh itu tidak terputus walaupun ibu/bapa sudah meninggal dunia...apatah lagi ketika keduanya masih ada...

Ayah pula keluar bekerja, awal pagi hingga ke senja...mencari rezeki untuk hari ini dan hari-hari seterusnya...Di malam hari mendidik anak-anak tentang agama..Saban hari ayah menunaikan tanggungjawabnya, namun tidak mampukah saban hari juga kita hadiahkan ayat-ayat suci dan zikrullah kepadanya? Dimana bukti kasih sayang kita sebagai anak? Dimana pengorbanan kita sebagai anak?...Doa anak yang soleh itu tidak terputus walaupun ibu/bapa sudah meninggal dunia...apatah lagi ketika keduanya masih ada...
Maka berbaktilah kepada kedua ibu bapa...ketika hayatnya mahupun setelah mereka tiada...berbaktilah bukan setakat pada harta benda, masa dan tenaga bagi yang mampu, namun yang lebih utama sumbangan kita kepada roh keduanya.....sumbangan yang menjadi penebus hidup dunia dan bekalan kehidupan di alam yang kekal abadi....sumbangan rohani kepada ibu bapa tidak memerlukan pra-syarat kaya berharta berguni-guni...
Hidup di dunia kita perlu makan dan minum, di syurga pun di sediakan makan dan minum....masakan di alam barzakh roh tidak perlu "makan dan minum"?
Kalau di dunia kita makan beberapa kali sehari.... rohani di alam barzakh juga tidak terkecuali....
Namun...kita sebagai anak kepada ibu/bapa yang telah kembali ke hadrat Ilahi, hanya mengadakan tahlil dan doa buat arwah setahun sekali...??? Bayangkan jika kena batang hidung sendiri, diberi makan setahun sekali.. !!
Yang disuruh mendoakan adalah anak yang soleh, tapi dek jahil dan tak reti si anak pun berdalih, tok imam dan tok bilal di suruh mengambil alih !!
Lepas bertahlil menjamu selera, air sejuk dihirup hilanglah dahaga, perut kenyang hatipun gembira, insyaAllah sampailah jua hadiah buat rohnya, tunggu tahun depan untuk tahlil seterusnya.....
Allah swt tak suruh kita susahkan diri....Tahlil dan doa tak perlu tiap kali nak kena berkenduri....kalau tiap hari tiap bulan buat kenduri..alamat taukeh balak pun boleh bangkrupsi...!!!
Peruntukkanlah untuk mereka sedikit masa dari masamu setiap hari, tiap kali lepas solat atau lapang di malam hari, bangunlah berzikir dan bertahlil ke hadrat Ilahi, di samping membacakan ayat-ayat suci, panjatkan doa buat kedua ibu bapa yang kita kasihi...


renungkanlah.


Wassalam





Di Mana Aku di Sisi Allah swt ?

Bagaimana akan ku ketahui
di mana kedudukan aku di sisi Allah swt?

Tiliklah diri...... tanyalah hati..

Kerana hati tidak pernah berkata dusta...
Andainya kau ingin mengetahui di mana kedudukanmu di sisi Allah swt
Pandanglah, tiliklah..... bagaimanakah kau 'letakkan' Allah swt di hatimu
Setiap saatkah?
Diwaktu susah sahajakah?

Kadangkala sahajakah?
Atau...tiada langsungkah?

Andai setiap saat kau ingat pada-Nya, nescaya bukan setiap saat, bahkan berpuluh ganda dari itu Allah swt ingat padamu.


dan...andai tiada langsung ingatanmu pada Allah swt, nescaya tiada langsunglah ingatan Allah swt padamu...

Allah swt itu tiada sekutu baginya....
..........LA SYARIKALAH....
Allah swt tiada sekutu baginya di mana jua, dalam keadaan apa jua... dan bila-bila jua
Tiada Allah di dalam hati seseorang andai hatinya asyik kepada sesuatu yang lain...
kerana Allah itu LA SYARIKALAH....tiada sekutu bagi-Nya.

'tiada' Allah pada hati orang yang lalai...

sebaliknya, tiada kejahatan Iblis dan Syaitan di hati orang yg ingat pada-Nya.
kerana Allah itu LA SYARIKALAH...tiada sekutu bagi-Nya

Andai di hati kita tiada Allah...
Tentunya sang iblis dan syaitan bermaharajalela memerintah..
menunggang hawa nafsu menjadi lalai pada tuhannya
Mengejar dunia yang dirasakannya kian hari kian jauh..

Dan andai ada walau sekelumit kelibat iblis dan syaitan di hati kita
nescaya Nur Allah TIDAK mungkin beserta...
kerana TIADA SEKUTU bagi-Nya...
kerana Allah itu LA SYARIKALAH....tiada sekutu bagi-Nya


Dan andai Allah swt beraja di hati,
nescaya Iblis dan syaitan tak mungkin hampiri..
Kerana TIADA SEKUTU BAGI Allah swt...LA SYARIKALAH.....


Dan...takluk Allah swt itu meliputi keseluruhan apa yang ada di langit dan di bumi
serta keseluruhan isi-isinya....
termasuklah hati kita.

dimanakah takluk hati itu?
TAKLUK hati bukan hanya setakat pada daerah di mana hati itu berada, tetapi menyeluruh ke SELURUH jasad dan rohani. Kerana itulah dikatakan apabila baik hati itu maka baiklah SELURUH tubuh. 

kita diperintahkan agar berzikrullah...ingat kepada Allah swt sebanyak-banyaknya...
namun..... bagaimana cara selayaknya mengingati Allah swt ?....
ingat di hati? di akal fikiran? di dada? 
kita mohonlah pada Allah swt agar diberi faham dan petunjuk dalam melaksanakan dengan sebetulnya
Hadis:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Al Quran, Surah Ar Ra'd ; ayat 28:
[Ayat : 28]28. (These are) those who believe and whose hearts find restfulness in the remembrance of Allah.? Surely, in the remembrance of Allah all hearts find restfulness.
...Sesungguhnya dengan MENGINGATI Allah itu, hati akan menjadi TENANG....
dan TIADA KETENANGAN bagi hati yang lupa pada Allah swt




Wassalam

Ibu Mithali





Untuk Emak; Rahina Mansor yang telah kembali ke Rahmatullah:
9 April 1954 - 9 November 2009

Syaiun lillahi lahumul Fatihah....

Al Fatihah

[Ayat : 1]In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 2]Praise be to Allah, the Lord who safeguards and governs the entire worlds.

[Ayat : 3]Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 4]Master of the Day of Judgment (the Hereafter).

[Ayat : 5]It is You alone (O! Allah) we worship, and to You alone we look for help.

[Ayat : 6]Guide us to the Straight Path.

[Ayat : 7]The path of those on whom You bestowed Your eternal grace, not (the path) of those who invited Your wrath, nor those who have gone astray.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu Mithali
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Lirik: Ibu Mithali; Nadamurni / Rabbani

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Emak yang sangat ku kasihi,
Pergimu di dunia tak akan kembali,
Kerana akhirat jua yang kekal abadi,

Walau sedih ketiadaanmu aku tangisi,
Namun hatiku tenang gembira sekali,
Kerana pergimu dalam redha Ilahi,
Diiringi bekalan kemudian hari,
Beroleh matlamat kehidupan hakiki,

Kutahu emak selesa di sana,
Tenang, tenteram, aman dan bahagia,
Saban waktu tidak kulupa,
Kupanjatkan khatam tahlil zikrullah dan doa buatmu wahai bonda,
Sebagai teman dan santapan rohmu sentiasa,

Wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa,
Dengan Iradat dan sifatMu yang Maha Kaya,
Satukanlah semula kami sekeluarga,
Dalam rahmat dan nikmatMu yang tersedia,
Hidup kekal di Alam Baqa'

Amin


Al Quran: Surah Al Fajr, ayat 27-30


[Ayat : 27]27. (After describing the situation of those who disregard the Day of Judgment, Allah says that the believers and those who do good deeds will be welcome by the saying): ?O serene soul (firm and constant in belief and virtue)!-

[Ayat : 28]28. Return to your Lord, well-pleased (with the bounty given to you), and pleasing (in His sight)!-

[Ayat : 29]29. Join My happy servants-


[Ayat : 30]30. And enter My Paradise!


Wahai JIWA yang tenang............
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan REDHA dan DIREDHAI...
Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku....
Masuklah ke dalam syurga-Ku....


Wassalam





Allah swt itu Ghaib tetapi Nyata


Allah ZAT-NYA ghaib tetapi SIFAT-NYA nyata.
Zat-Nya Ghaib tidak ternampak oleh mata dan diluar batasan akal makhluk
kita ditegah daripada memikirkan akan keadaan zat Allah swt

Al Quran, Surah Al Haadid ; Ayat 3:
[Ayat : 3] He is the First and the Last, the Visible and the Unseen. He has knowledge of all things.

...Dialah yang NYATA dan yang TERSEMBUNYI .....

Sifat Allah itu tidak terbatas namun yang mesti kita tahu sekurang-kurangnya 20 iaitu:

1. Wujud -Ada
2. Qidam - Sedia (sedia ada)
3. Baqa - Kekal
4. Mukholafhatuhu lilhawadis - Bersalahan dengan sesuatu yang baru
5. Qiyamuhu binafsih - Berdiri dengan sendiri
6. Wahdaniyat - Esa
7. Qudrat - Berkuasa
8. Iradat - Berkehendak
9. ‘Ilmun - Mengetahui
10. Hayyun - Hidup
11. Sama’ - Mendengar
12. Basyar - Melihat
13. Kalam - Berkata-kata
14. Qodiran - Tetap dalam keadaan maha berkuasa
15. Muridan - Tetap dalam keadaan maha berkehendak
16. ‘Aliman - Tetap dalam keadaan maha mengetahui
17. Hayyan - Tetap dalam keadaan maha hidup
18. Sami’an - Tetap dalam keadaan maha mendengar
19. Basyiran - Tetap dalam keadaan maha melihat
20. Mutakalliman - Tetap dalam keadaan maha berkata-kata



melalui Aqli (akal) cuba kita lihat persamaan dan perbezaan antara orang hidup dan orang mati:

Orang hidup dan orang mati dari segi jasadnya tiada perbezaan langsung, semua yang ada pada jasad orang hidup adalah sama dengan apa yang
ada pada jasad orang mati.
akan TETAPI sungguhpun orang mati serupa jasadnya dengan orang hidup NAMUN
Anggota badan yang ada cuma kaku tak boleh bergerak
Mata yang ada tidak mampu melihat
Telinga yang ada tak mampu mendengar
Mulut dan lidah yang ada tak mampu berkata-kata dsb.

mati itu adalah apabila ROH terpisah daripada JASAD.
Orang mati hanya mempunyai jasad sementara ROHnya sudah tiada

Apa kesimpulan yang dapat kita belajar daripada keadaan ini?

Bahawasanya yang berkudrat, berkehendak, berilmu, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata (7 sifat) yang ada pada manusia
itu hakikatnya bukanlah datang daripada JASAD tetapi merupakan pekerjaan ROH.
Kalaulah semua itu pekerjaan JASAD maka sudah pastilah orang mati pun boleh berkata-kata, mendengar, melihat, bergerak dsb !

Hakikatnya yang MENGGERAKKAN jasad kita adalah ROH.
JASAD tidak mampu bergerak sendiri.


Rujuk Al Quran, Surah As Sajdah ayat 7-9:
[Ayat : 7] He Who makes excellent everything that He creates, and He first created man from clay
[Ayat : 8]Then He made his offspring from a quintessence of a fluid despised

[Ayat : 9]And then He fashioned him in due proportion, and breathed into him of His spirit which he had created; and then He endows you with hearing, sight, and feelings(as well as reason), (so that you will be grateful): yet seldom are you thankful.
Allah jadikan manusia daripada tanah liat, lalu Allah TIUPKAN ROH ke dalam jasad itu lalu jasad itu boleh mendengar, melihat dan diberi hati untuk berfikir, NAMUN sedikit sekali manusia bersyukur...

Kita rujuk juga ayat Al Quran, surah Al Hijr ayat 26-30:

Surah Al-Hijr : Ayat 26-30

[Ayat : 26]
And We created man (Adam) out of dry sounding clay, out of dark mud that has changed its colour and smell.

[Ayat : 27]
As for the race to the jinn, We created them before that from the fire of scorching winds.

[Ayat : 28]
And (remember) when your Lord said to the angels: ?I am going to create man out of dry sounding clay, out of black mud that has changed its colour and smell.

[Ayat : 29]
Then when I have fashioned him and breathed of My spirit into him, you fall down and prostrate yourselves before him.?

[Ayat : 30]
When Adam was formed) the angels all prostrated themselves before him,


Firman Allah swt di atas menceritakan kisah bagaimana ADAM dijadikan dan setelah ADAM disempurnakan kejadiannya lalu diperintahkan segala malaikat bersujud, namun IBLIS enggan.

Ayat 28- 29 menjelaskan bahawa ADAM jasadnya dibuat daripada tanah liat yang kering dan hitam yang sudah berubah rupa dan baunya. Selepas itu Allah swt berfirman (ayat 29)…… LALU AKU TIUPKAN ROH-KU KEDALAMNYA (jasad Adam).
ADAM itu hakikatnya KAKU dan itulah JASAD kita. Yang menjadikan jasad itu hidup adalah ROH yang ditiupkan Allah swt. Jadi malaikat sebenarnya diperintahkan bersujud BUKANLAH PADA JASAD ADAM..tetapi diperintahkan sujud dan tunduk kepada ROH yang Allah tiupkan kedalam jasad Adam yang menjadi nyawa pada Adam.
Di situ dapat disimpulkan bahawa yang menghidup dan menggerakkan JASAD kita adalah ROH ! dan bukannya atas daya JASAD itu sendiri.
Persoalannnya SIAPAKAH HAKIKAT ROH?


Kemudian dalam firman Allah swt , Al Quran surah Al Israk ayat 85

Surah Al-Israa’ : Ayat 85

[Ayat : 85]
They ask you concerning the spirit. Say: ?The spirit is of my Lord?s Command. Little indeed is the knowledge granted to you.?

Allah swt secara jelas berfirman dalam surah Al Israa’ tersebut bahawa ROH itu adalah URUSAN-NYA.
Urusan itu adalah MENGUASAI, MENTADBIR dan MENGAWAL. Hakikatnya ROH itu dikuasai, ditadbir, dikawal dan DIGERAKKAN oleh Allah swt.
Hakikatnya BUKAN KITA yang mengawal dan menggerakkan ROH !. tetapi Allah swt jua...
Kalaulah ROH itu kita yang kawal sudah tentu degupan jantung dapat kita kawal juga !
tentu kita boleh keluar dan masukkan roh ke dalam jasad kita pada bila-bila masa kita mahu!

Sekarang telahpun kita ketahui bahawa Roh itu sesungguhnya URUSAN Allah swt, dan BUKAN URUSAN manusia... justeru, KEMBALIkan lah segala hal berkaitan ROH itu kepada Allah swt, PULANGkan segala pengenalan kepada-Nya. Nafikan diri dan isbatkan lah Dia. Setiap yang kita kerjakan...hakikatnya datang dari Allah swt, gerak geri kita, diam kita, turun naik nafas kita, segala kehendak kita, pulang kan pada-Nya, begitu juga setiap ilmu pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kata-kata, kerana itu merupakan pekerjaan ROH dan ROH itu URUSAN Allah swt. Bawalah setiap masa, dalam gerak dan diam, dalam solat dan luar solat...sentiasa...InsyaAllah diberi hidayah dan rahmat keluar dari belenggu syirik dan masuk ke daerah tauhid. Kemudian itu barulah segala ibadah itu cukup syarat dari rukun qalbi nya. Maka bagi solat, solat demikianlah yang dikatakan dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar. Begitulah jua bagi ibadah lain-lain tak kira yang wajib atau sunat.

Rasulullah saw sendiri mengajarkan umatnya “ La haula wala quwwata illa billahi ‘aliyil adzim” (tiada daya dan kekuatan selain dari Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
Maksudnya, ROH di dalam JASAD kita hakikatnya digerakkan oleh Allah swt, dan bukanlah atas daya dan kekuatan kita sendiri.

hakikatnya, JASAD digerakkan oleh ROH dan ROH digerakkan oleh ZAT Allah swt.

Sifat berkehendak kepada Zat, Namun Zat tidak berkehendak kepada Sifat
Maksud Surah As-Saffaat: Ayat 96:
Allah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu perbuat
Zat Allah itu Ghaib tetapi Sifat-Nya nyata pada sekalian alam, langit dan bumi serta segala isi yang terkandung di dalamnya, termasuklah manusia.

Surah Al Ikhlas ,ayat 2:
[Ayat : 2]Allah the Self-Sufficient Lord, Whom all creatures ask for all their needs
maksudnya:…Allah tempat semua bergantung.

Semua yang ada di sekalian alam ini, langit dan bumi serta isi-isinya termasuklah manusia….adalah dikuasai, dikawal , diurus dan digerakkan oleh Allah swt jua.

Alam ini wujud kerana Allah swt menNYATAkan sifat-Nya.
Andai sifat-Nya tidak nyata, nescaya tidak wujud alam ni, tak wujud langit, bumi, segala isi-isi di dalamnya serta manusia sekali.
Kerana semua ciptaan tersebut TIDAK MAMPU berdiri sendiri melainkan dengan sifat Allah swt jua.

Dialah Adz Dzahir'...'Al Bathin'… Dia yang nyata dan Dia juga yang ghaib..


Perhatikan juga ayat-ayat di bawah:

Surah Al-Haadid: Ayat 4

[Ayat : 4]
He created the heavens and the earth in six periods and then is firmly established on the Throne of His Almightiness. He knows all that goes into the earth and all that emerges from it, all that comes down from heaven and all that ascends to it. And He is with you wherever you are. And Allah sees well all that you do.
…Allah beserta kamu dimana sahaja kamu berada…….



Surah Qaaf: Ayat 16

[Ayat : 16]
And indeed!, We have created man, and We know the promptings of his soul, and We (by Our Knowledge) are closer to him than his jugular vein,-

…dan DIA lebih hampir kepadamu daripada urat yang ada di leher mu…..


Lihatlah diri kita sendiri,
Bagaimana kita boleh berada di dunia yang fana ini,
melalui kehendak (iradat) kita kah?
melalui kudrat(kekuasaan) kita kah?
Sudah pasti dengan kudrat dan iradat Allah swt jua.
Maka tidak nyatakah lagi sifat-Nya pada kita?

Renungkanlah.

Sekian,


Wassalam

Solat

Solat adalah rukun kedua dalam Rukun Islam selepas 2 kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian dan pengakuan mentauhidkan Allah swt.
Selepas solat, diperintahkan pula kita berpuasa, berzakat dan jika berkemampuan, menunaikan haji.

Secara ringkas, ibadah-ibadah yang diperintah Allah dalam rukun Islam tidak akan sempurna tanpa Syahadah yang betul. Kerana syahadah itu merupakan RUKUN PERTAMA iaitu syarat pertama dalam Islam, andai awalnya silap masakan keseluruhannya akan sempurna?,


Syahadah itu adalah perintah Allah swt untuk mentauhidkan-Nya....mentauhidkan Zat-Nya dan Sifat-Nya. Mentauhidkan Allah itulah perkara pertama perlu dilaksana dalam hidup seorang Islam sebelum perkara-perkara yang lain. Tauhid adalah amalan secara berterusan dan tidak putus-putus. Apa erti ibadah andai kita tidak mentauhidkan Allah? apa erti solat kita, puasa kita, zakat kita dan haji kita tanpa tauhid?

Syahadah itu perlu sentiasa beserta dalam setiap ibadah, dalam gerak mahupun diam. Bahkan Syahadah itulah jiwa ibadah dan menjadi rukun hidup seorang Islam. Dalam kata lain, syahadah bukan hanya dengan sekali lafaz, namun dinyatakan pada zahir dan batin secara berterusan pada setiap saat dalam hidup kita.

Mentauhidkan Allah swt bukan setakat pada qawli(lafaz) bahkan perlu senantiasa ditetapkan di dalam Qalbi dan dilaksana dengan anggota badan keseluruhannya.
Tauhid setiap saat pada Qalbi itulah yang mengekalkan ZIKIR (Ingat) kita pada Allah swt.
Apa erti solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain TANPA HATI YANG INGAT PADA ALLAH swt? Dalam kata lain, apa erti ibadah yang kita lakukan walaupun banyak menggunung sedangkan hati kita LUPA pada Allah swt? Walhal kita mengetahui bahawa hati itulah tempat tilik Allah swt pada hamba-Nya.

Oleh yang demikian, kita terimalah hakikat bahawa selagi kita tidak mentauhidkan Allah swt maka kita masih berada dalam daerah syirik..
Allah swt menjadikan setiap perkara itu berpasang-pasangan. Lelaki pasangannya Wanita, Syurga pasangannya Neraka, Kaya pasangannya Miskin dan Tauhid pasangannya Syirik. Selagi kita belum benar-benar mentauhidkan Allah swt dan ingat kepada-Nya dengan berkekalan, maka segala ibadah kita seperti solat, puasa, zakat, haji serta apa jua ibadah sunat adalah belum sempurna dan belum terlepas daripada syirik. Ibadah yang tidak sempurna itu akhirnya jadilah ia ibadah yang sia-sia
dan dikira sebagai mendustakan agama serta akan mendapat balasan siksa yang amat pedih daripada Allah swt.

(Surah Al-Maaun)
Tahukah kamu siapakah orang-orang yang mendustakan agama?(termasuk hari pembalasan)
Mereka yang mengherdik anak-anak yatim.
Mereka yang tidak menganjur memberi makan pada orang-orang miskin.
Celakalah! bagi orang-orang yang bersolat.
Tetapi lalai dalam solat mereka.

Allah swt telah menjelaskan dalam firman-Nya dalam surah Al-Maaun, bahawa walaupun kita menunaikan solat, namun jika dalam solat hati kita lalai daripada mentauhidkan dan mengingati Allah swt, maka kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendustakan agama!. Lalai yang dimaksudkan bukanlah meninggalkan solat, atau melewatkan solat, tetapi lalai yang dimaksudkan adalah HATI/QALBI yang lalai daripada TAUHID dan INGAT kepada Allah swt dalam solat bermula dari takbiratul ihram hinggalah salam.

Itulah dia satu daripada 3 rukun besar dalam solat. Rukun solat yang berjumlah 13 itu boleh dikecilkan kepada 3 rukun besar iaitu:

Rukun Qalbi
Rukun Qawli
Rukun Fik'li

Andai Qawli (lafaz) kita indah, cantik dan sempurna sebutan dan tajwidnya dan Fik'li (perbuatan anggota badan)kita cantik rukuknya, iktidalnya, sujudnya dsb, NAMUN QALBI kita LUPA dan TIDAK MENTAUHIDKAN Allah swt, maka jadilah ia SOLAT YANG LALAI dan TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMA!

Lupakah kita dengan firman Allah swt dalam surah Thaa Haa:

Al Quran 20:14 (Surah Thaa Haa)
Sesungguhnya AKU adalah Allah.Tiada tuhan selain AKU.Sembah(abdikan diri) lah AKU dan DIRIKANLAH SOLAT UNTUK MENGINGATIKU.

Maka sesungguhnya, Allah swt memerintahkan solat kepada kita demi untuk MENGINGATINYA (zikrullah). Maka, andai solat kita sempurna Qawli dan Fik'li nya NAMUN Qalbi kita lalai daripada mengingati dan mentauhidkan Allah swt MAKA sesungguhnya kita TELAH MENDUSTAKAN AGAMA. Nauzubillah.

Renungkanlah.

Wassalam

Antara Perintah dan Ganjaran Allah swt

Ramai daripada kita terkeliru antara perintah dan ganjaran Allah swt dalam matlamat menunaikan ibadah.

Al Quran 51:56 (Surah Adz-Dzariyat)
..dan tidak Aku jadikan jinn dan manusia selain untuk mereka beribadah kepada-Ku.

beribadah kepada Allah swt adalah PERINTAH-Nya kepada kita, maka TANGGUNGJAWAB kita adalah melaksanakannya.

Bagaimana harus kita laksanakannya?
pastinya dengan ikhlas.
apa itu ikhlas?
Ikhlas itu tidak mengharapkan balasan/ganjaran
Ikhlas itu tidak kerana sesuatu yg lain selain daripada Dia (walaupun pahala, syurga, takutkan neraka dsb). Kerana DIA lah jua yg menciptakan syurga dan neraka. Maka, janganlah memandangkan pada makhluk atau ciptaan, tetapi pandanglah pada Pencipta Makhluk (Al Khalik). Syurga dan neraka adalah peringatan kepada kita dan urusan Allah swt. Serahkanlah urusan-Nya kepada Dia.

Dan ikhlas itu juga merujuk kepada mentauhidkan Allah swt (perihal sifat Allah swt) yg perlu kita laksanakan dalam qalbi, qawli dan fi'li kita setiap saat dalam gerak hatta dalam diam

Al Quran 112:1-4 (Surah Al Ikhlaas)
Katakanlah Allah itu esa.
Allah tempat semua makhluk bergantung.
Tidak beranak dan diperanakkan
Tiada sesuatu yg setara dengan-Nya

Al Quran 15:40 (Surah Al-Hijr)
..kecuali bagi hamba-hamba-Mu yang terpilih, dari keturunan Adam yang menunaikan perintah-Mu dengan ikhlas (mukhlisin)..

balasan baik /ganjaran atas amalan seperti yang dijanjikan Allah swt hanya akan diberi kepada hamba-hamba-Nya yang menunaikan segala perintah-perintah-Nya atas dasar patuh dan taat pada perintah-Nya sahaja. Mentelahan urusan menentukan dan memberi balasan/ganjaran adalah urusan Allah swt, bukan urusan makhluk. Maka usahlah kita campurtangan dalam urusan-Nya. Cukuplah bagi kita menunaikan segala perintah-Nya kerana itu tanggungjawab kita. Janji Allah swt itu pasti, maka bagi sesiapa yg berkira-kira balasan dan ganjaran Allah hakikatnya adalah mereka yang tidak yakin pada Allah swt dan mereka yang tidak ikhlas.
Sedarlah, hatta untuk mengangkat dan menadah tangan berdoa pada Allah swt sekalipun sekiranya tidak digerakkan Allah swt, nescaya tidak akan mampu kita teruskan berdoa. Apatah lagi dalam menunaikan segala ibadah kepada-Nya yg lain. Oleh yg demikian, sedarlah TIADA DAYA DAN KEKUATAN SELAIN DARI ALLAH YANG MAHA TINGGI DAN MAHA AGUNG (la haula wala quwwata illa billahi 'aliyil adzim). Maka jangan memandang segala amalan yg kita lakukan selama ini sebagai atas kudrat dan kemampuan kita, tetapi pandanglah amal ibadah kita itu sebagai rahmat daripada Allah swt. Andai tiada rahmat Allah, nescaya TIDAK DAPAT kita beramal ibadah. Kerana sesungguhnya BUKANLAH amalan seseorang mukmin itu yang memasukkan dia ke dalam syurga, tetapi masuknya dia ke dalam syurga adalah atas RAHMAT Allah swt jua.

Andai kini kita telah sedar bahawa amal ibadah yang kita laksanakan selama ini hakikatnya hanya dapat dilaksanakan dengan daya, kekuatan, kehendak dan rahmat Allah jua, dan bukanlah dengan daya dan kekuatan kita sendiri, atau dalam kata lainnya, Allah jua yang melaksanakannya, Maka masihkah kita tidak segan silu berkira-kira akan ganjaran yang Allah swt janjikan? Beradabkah kita? serahkanlah urusan ganjaran itu kepada Allah ta'ala. Jangan sekali-kali menjadikan ganjaran itu sebagai matlamat ibadah, kelak tersungkur ke lembah syirik. Cukuplah dengan melaksanakan perintah Allah swt itu dengan penuh sedar bahawa ia merupakan tanggungjawab yang wajib kita perbuat. Tanggungjawab hamba pada tuhannya. Janganlah kita menjadi hamba yang kurang adab.

Al Quran 76: 29-30 (Al Insaan)

...andai seseorang telah bersiap sedia untuk menempuh jalan menuju Allah swt. Namun, dia tidak akan dapat menunaikan apa dihajatinya kecuali dengan kehendak Allah swt jua...

sedarlah, untuk berbuat apa sekalipun, hatta jalan kebaikkan, jika tidak dengan kehendak Allah swt maka tidaklah ia akan berlaku. Sesungguhnya Allah swt itu maha Mengetahui.

Sedarlah diri kita sebagai hamba, tawaduk lah pada Allah swt umpama hamba kepada tuannya.

..seorang tuan bertanya kepada hambanya....

Tuan: Apakah pakaian yg kamu hendak pakai?
Hamba: Apa sahaja yang tuan berikan saya pakai
Tuan: Apa makanan yang kamu hendak makan?
Hamba: Apa sahaja yang tuan berikan saya makan
Tuan: Apa pekerjaan yang kamu hendak buat
Hamba: Apa sahaja pekerjaan yang tuan hendak saya lakukan.

begitulah adab kita sebagai seorang hamba, tidak sedikitpun ada keinginan lain selain menunaikan perintah-Nya dan redha menerima apa jua ketentuan Allah swt.
Allah swt itu maha pemberi, tidak kita mintapun DIA akan beri....
dan Allah swt itu maha mengetahui, andai kita tidak beritahupun tetap DIA ketahui... yakinlah!

Oleh yang demikian, ikhlaskan hati kita dalam beramal ibadah pada Allah swt.
tunaikanlah perintah-Nya kerana Dia dan kerana itu tanggungjawab kita.
Janganlah beribadah kerana pahala, syurga dsb
kerana syurga, pahala itulah yang akan menghijab kita daripada Allah swt.
Bahkan sampai ke suatu tahap boleh menggelincirkan kita ke lembah syirik.

Ikhlaslah beribadah kepada Allah dan hanya kerana Allah, Dia tuhan yg tidak bersekutu dan tiada yang setanding-Nya. Janganlah kita menyengutukan Dia dengan sesuatu yg lain walaupun pahala, syurga dsb.
kembalikan urusan ganjaran itu kepada Allah swt dan tak perlulah kita mengira-ngira dan kita campuri
Cukuplah sekadar mengambil tahu dan yakin atas segala janjinya kerana janji Allah swt itu pasti.

Sekian, wassalam

Apa tanda syukur kita pada Allah swt ?

Al Quran 102:8 (Surah At-Takathur)
"Summa latus alunna yauma izin 'anin naim"

...dan pada hari tersebut (hari pembalasan) kamu akan disoal tentang semua nikmat yang kamu peroleh...

Lihat juga Al Quran surah Al Hijr ayat 92-93:
[Ayat : 92] By your Lord! We will question them (the unbelievers) (on the Day of Judgment),
[Ayat : 93] All about what they did.

sebut sahaja nikmat
tergambar dalam fikiran kita segala macam hal keseronokan dunia...
keluarga, harta benda, kerjaya, kemewahan, hiburan dsb

yang pasti, semua nikmat itu akan dipersoal semula di akhirat kelak.

Namun, ada nikmat yang mungkin kita terlepas pandang yang Allah ta'ala beri pada kita setiap saat.
nikmat SETIAP SAAT itu juga PASTI akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Allah ta'ala beri kita nikmat bernafas SETIAP SAAT sejak kita diturunkan ke dunia hinggalah saat kita menghembus nafas terakhir.
dan SETIAP SAAT turun dan naik nafas itu juga PASTI akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Atas nikmat yang diberi itu, maka WAJIB SETIAP SAAT kita mensyukuri-Nya.
Namun, apakah SETIAP SAAT itu kita bersyukur ?
Apakah tanda syukur kita ?
sekadar lafaz "alhamdulillah" ? belum memadai.
belum sempurna lagi.

Ibadah bukan sekadar qawli (lafaz), perlu ada qalbi (hati) dan fi'li (perbuatan). Qalbi itu tiang ibadah dan perlu ada berterusan dalam setiap gerak mahupun dalam diam.

bagaimana cara bersyukur kepada Allah ta'ala?
umumnya kebanyakan tahu iaitu dengan menunaikan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
kita renung jauh-jauh...cukupkah sekadar melaksanakan perintah khusus-Nya sahaja?
SOLAT LIMA WAKTU, cuma sekadar beberapa minit sehari-bukan setiap saat
PUASA, cuma sebulan dalam bulan Ramadhan setiap tahun-bukan setiap saat
ZAKAT,cuma setiap kali gaji atau setahun sekali zakat fitrah dsb-bukan setiap saat
HAJI, sekali seumur hidup jika berkemampuan-bukan setiap saat
IBADAH SUNAT, pun sekadar menampung ibadah wajib-bukan setiap saat

Kita bersyukur dalam ibadah khusus sama ada yg wajib atau sunat.
Namun adakah kita bersyukur di luar ibadah khusus hatta dalam diam ?
umpamanya, dalam solat kita bersyukur, namun bersyukurkah kita di luar solat?

Sesungguhnya cara bersyukur pada Allah ta'ala melebihi dari semua itu. Bukan hanya dengan ibadah khusus mahupun sunat, tetapi dengan menetap dan mengekalkan ingatkan kita kepada-Nya setiap saat dalam gerak mahupun diam.

hadapkanlah Qalbi pada Allah swt sentiasa, di dalam solat mahupun di luar solat. Sesungguhnya solat yang sempurna itu mencegah daripada perkara yg keji dan mungkar.

Al Quran 4:103 (Surah An-Nisaa)
Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solatmu, maka berzikirlah (Ingatlah) kepada Allah sewaktu berdiri, duduk dan berbaring. Apabila kamu telah kembali tenang, maka perhatikanlah solatmu secara betul, kerana solat adalah tugas yang ditetapkan ke atas orang-orang mukmin yang mesti ditunaikan pada masa yang telah ditetapkan.

Al Quran 29:45 (Surah Al-'Ankabuut)
...dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya berzikir (ingat) kepada Allah adalah lebih besar...

andai kita masih kelabu...

maka bertanyalah pada Allah ta'ala,
insyaAllah mudah-mudahan dengan izin dan kehendak-Nya di ilhamkan kefahaman dan rasa di dalam hati kita.

Maksud Al Quran 96:5 (Surah Al-Alaq)

...Allah mengajarkan insan itu apa yang tidak diketahuinya...

Di akhirat kelak kita akan di soal....Apakah amal mu dalam setiap turun dan naik nafas? Apakah jawapan kita? sudah bersediakah kita dengan jawapannya?
bersedialah sekarang kerana mati itu suatu yang pasti walaupun di saat kita belum bersedia.

Pemberian dari seseorang walaupun cuma sekali, selalu kita kenang dan ingati..namun, rahmat dan nikmat Allah yang berbagai-bagai khasnya nafas setiap saat selalu tidak kita syukuri dengan dikenang dan ingatan kepada-Nya jua..

Renungkanlah

Wassalam